
SEKAPUR SIREH DARI TUAN PENGETUA
Assalamulaikum w.w. dan selamat sejahtera.
Seperti yang kita ketahui, dunia hari ini sedang mengarah kepada "high-tech and information intensive development". Ia merupakan satu gelombang berkonsepkan dasar langit terbuka atau "borderless world" . Bersesuaian dengan kemajuan dunia maklumat tersebut, kelahiran laman web Sekolah Menengah Tunku Putra Batu Pahat, Johor ini adalah amat dialu-alukan. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya, laman web ini dapat dilancarkan.
Ini bermakna sekolah ini dapat dikenali dan dilawati di alam siber dalam aspek sejarah, budaya sekolah, informasi statistik dan kemanusiaan, keunikannya dan perkembangan terkini. Apa yang diharapkan ialah wadah pendidikan ini dapat di gunakan dan dikembangkan dari masa ke masa melalui perkongsian maklumat dan pengetahuan daripada semua pihak.
Bagi saya, laman web ini bukan sekadar paparan visual semata-mata, bahkan ia dapat membuka satu dimensi baru dalam budaya ilmu ke arah pendidikan bertaraf dunia yang menjadi matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sekian, terima kasih.
En. Abd. Rahman b Mohd Hasan
Pengetua
SMK Tunku Putra
Batu Pahat, Johor.

VISI & MISI SEKOLAH


VISI SEKOLAH
SMKTP Ke Arah Band 2 Tahun 2018.
MISI SEKOLAH
1. Mengamalkan sistem pengurusan &
pentadbiran yang telus, mesra & cekap.
2. Melaksanakan proses pdp secara
terancang,terkini,berkesan & berkualiti untuk
melahirkan pelajar yang berdaya saing.
3. Melahirkan pelajar yang bersahsiah mulia &
beraspirasi tinggi.
4. Mewujudkan iklim & persekitaran sekolah
yang kondusif.
5. Menjalinkan hubungan erat dengan ibubapa
dan komuniti.
FALSAFAH SEKOLAH
1. SMK Tunku Putra mampu & berupaya menyediakan
kemudahan fizikal, suasana & masa kerja yang optimum
ke atas perkembangan intelek bagi melahirkan insan yang
bermatlamat, bertanggungjawab dan mampu memberi
sumbangan positif terhadap masyarakat, bangsa, agama
dan negara.
2. Para pendidik di sekolah ini berupaya memberikan
pendidikan yang sempurna, menyeluruh, bermutu dan
seimbang.
3. Setiap murid di sekolah ini wajar diberi peluang seluas-
luasnya dalam mengembangkan kebolehan, bakat, dan
potensi intelek mereka.
SEJARAH SEKOLAH


SMK Tongkang Pechah, Batu Pahat dibina pada tahun 1967 dengan perbelanjaan sebanyak RM 360,000.00 dan mula beroperasi secara rasmi pada 01 Mei 1969. Penubuhan sekolah ini adalah atas desakan penduduk kg Seri Medan yang mahukan sebuah sekolah menengah di kawasannya.
Nama SMK Tongkang Pechah telah ditukar kepada SMK TUnku Putra pada 01 Januari 2006. Bangunan terawal menempatkan 12 bilik darjah, Bilik ERT, pejabat dan bilik guru. Walaubagaimanapun pada 1974, SMK Tonglang Pechah mendapat sebuah bangunan tambahan, 1988 dengan 2 bangunan tambahan .